Sunday, June 23, 2019

BAB 5 : PENGURUSAN MURID

PENGURUSAN MURID 


Keratan akhbar tersebut diambil daripada Metro yang bertajuk Murid lencun bumbung kelas tercabut. seperti yang dipaparkan didalam gambar seorang guru sedang menunjukkan bahagian kerosakan di bilik Operasi Tahun Enam akibat ribut yang melanda. 

Seramai 18 orang pelajar di SK Tengku Budriah, Arau yang sedang belajar basah kuyup selepas bumbung kelas tersebut tercabut akibat ribut. sejurus selepas itu, Guru Besar mengarahkan semua murid dipindahkan sementara ke kantin sekolah bagi menukar pakaian sebelum ditempatkan di kelas khas. "saya lega semua murid selamat dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku." kata Azhar Darus ( Guru Besar). Walaupun begitu keadaan masih dapat dikawal dengan baik dan sesi pembelajaran diteruskan seperti biasa. 

Dalam pengurusan murid bukan rekod peribadi pelajar sahaja yang perlu di uruskan tetapi kesediaan belajar juga perlu di ambil kira bagi menaikkan semangat pelajar untuk belajar dengan bersungguh- sungguh. Hal ini adalah kerana untuk menghasilkan sesi pembelajaran yang berkesan sebelum memulakan pembelajaran, kesediaan belajar perlu dipastikan sudah tersedia dengan baik. sudah menjadi tanggungjawab sekolah untuk menyediakan kesediaan belajar yang mencukupi kepada setiap pelajar mereka. Sebagai contohnya, kerusi dan meja untuk menulis, papan putih atau alat teknologi untuk digunakan oleh guru dalam PnP, pinjaman buku teks dan sebagainya. Oleh itu, persekitaran sekolah amat penting untuk dijaga dan ditambah baik setiap tahun. 

Selain itu, pengetahuan guru dalam teori perkembangan dan psikologi perlulah tinggi supaya guru dapat mengenal pasti keperluan murid mereka. Setiap murid mempunyai sikap dan kriteria yang berbeza-beza. Sebagai contohnya, guru mengenal pasti kelemahan setiap murid, pemantauan yang sistematik dalam bilik darjah, melakukan pemantuan tingkah laku murid dalam setiap situasi berbeza, dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment