Sunday, June 23, 2019

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Keratan Akhbar tersebut diperoleh daripada Utusan Online yang bertajuk "Jihad kebersihan pelajar istimewa". Keratan akhbar tersebut menyatakan pelajar SMK Wakaf bharu mengadakan program jihat kebersihan di sekolah tersebut. 

Program yang bertemakan "Satu Sampah Satu Pahala" itu diterapkan kepada pelajar-pelajar dibawah Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) seramai 78 orang dan turut serta ibu bapa masing-masing. Program tersebut bertujuan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dan bersih. Kelas merupakan rumah bagi pelajar, jika kebersihan dijaga sekaligus mewujudkan suasana tenang. 

Pernyataan tersebut amat berkait rapat dengan definisi pengurusan bilik darjah yang mana menurut Alberto & Troutman bilik darjah adalah cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku. 

Pengurusan bilik darjah yang berkesan amat penting untuk dilakukan kerana ia menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai, membentuk suasana pembelajaran yang positif, menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid, menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum, meningkatkan penglibatan murid dala aktiviti P&P dan lain-lain. 

Seiring dengan itu, pihak KPM ingin memperkasakan kaedah pengurusan bilik darjah abad ke-21 yang persekitaran didalam kelas perlu diubah seperti susunan meja berkumpulan, sediakan parking lot, sudut maklumat, sudut hasil murid dan lain-lain. Hal ini adalah supaya pelajar lebih menarik dan berminat untuk hadir belajar di sekolah kerana mempunyai bilik darjah yang selesa dan cantik. Susunan meja berkumpulan pelajar perlulah disusun dengan kemas mengikut kesesuaian saiz kelas dan bilangan pelajar. Paling utama adalah guru perlu memastikan kedudukan meja pelajar dapat melihat hadapan, papan putih dan guru yang sedang mengajar. Jika penglihatan pelajar terganggu maka pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan prestasi akademik akan merosot. Oleh itu, pelbagai manfaat boleh diperolehi dengan melaksanakan pengurusan bilik darjah abad ke-21 untuk guru dan pelajar. 

contoh sudut maklumat yang menarik :


susunan meja berkumpulan juga mempunyai pelbagai jenis seperti: 
Image result for susunan meja abad 21

Image result for susunan meja abad 21

Image result for susunan meja abad 21

No comments:

Post a Comment