Monday, June 24, 2019

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 

Berdasarkan keratan akhbar yang diperoleh daripada Berita Harian yang bertajuk "ASWARA bentuk pelajar berilmu seni, budaya, warisan,". Apabila premis insitusi seni berada di jantung ibu kota, itu menandakan suatu simbiosis sihat antara budaya engan kehidupan masyarakat moden. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan secara rasmi memberi hak milik dua lot tanah di Kuala Lumpur kepada Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), iaitu kampus sekarang. Perkara yang dibahaskan amat menarik kerana ia menunjukkan walaupun kita berada pada zaman moden namun budaya tradisi lama masih dimartabatkan oleh masyarakat. Ia sangat penting bagi generasi seterusnya masih kenal dan tahu dengan budaya asal melayu dan budaya kaum masing-masing. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyatnya yang berbilang kaum tinggal di sebuah negara yang sama dengan harmoni. 

Di samping itu, apa itu budaya ? adakah ia penting dalam pendidikan? Mari kita lihat ! 

Menurut  Tylor (1871), budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Manakala Amir (2002) pula berpendapat budaya merujuk kepada ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Oleh itu, budaya merangkumi pelbagai ciri-ciri tradisional nenek moyang kita. 

Definisi pelbagai budaya pula adalah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Sebagai rakyat yang bermoral kita seharusnya memupuk sikap saling menghormati orangl lain walaupun daripada kaum atau budaya yang berlainan. 

Namun begitu, budaya juga amat penting dalam pendidikan kerana dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa dan budaya. Menurut Banks (1989), pendidikan pelbagai budaya ialah kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan. Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap. 

Terdapat beberapa dasar pendidikan pelbagai budaya yang telah diperkenalkan iaitu : 

Seterusnya, berdasarkan keratan akhbar diatas beberapa program boleh dijalankan seiring dalam mencapai pendidikan pelbagai budaya yang berkesan seperti sekolah boleh menjalankan aktiviti pertandingan menari tradisional, puisi , program menyambut hari perayaan di sekolah dan sebagainya. 

Image result for pelbagai budaya 

No comments:

Post a Comment