Monday, June 24, 2019

GEJALA PONTENG SEKOLAH


Keratan akhbar diatas diperoleh daripada Sinar Harian yang bertajuk "Port ponteng sekolah kena serbu". Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Teluk Ketapang dan SRS Bukit Tok Beng menggempur sebuah wakaf yang menjadi tempat pelajar ponteng di Taman Murni Indah. Ketua Skuad SRS Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang, Zainuddin Awang berkata, pihaknya berjaya menahan salah seorang daripada pelajar terbabit yang kemudiannya dibawa ke sekolah untuk tindakan lanjut.

Saya amat menyokong tindakan seperti ini dijalankan dan lebih baik jika rondaan seperti ini lebih kerap dijalankan supaya kes ponteng sekolah pelajar dapat dikurangkan. Seperti yang kita ketahui gejala ponteng sekolah semakin berleluasa bahkan isu ini seperti menjadi kebiasaan kepada masyarakat sehinggakan tiada tindakan yang dikenakan daripada masyarakat tentang kes ini. Masalah disiplin pelajar terdiri daripada pelbagai kes. Selain daripada isu penagihan dadah daripada pelajar, isu ponteng sekolah juga merupakan masalah utama pendidikan akademik dan moral generasi sekarang semakin mundur.


Bagi menyokong pendapat saya, melalui keratan akhbar Sinar Harian dengan tajuknya "Ponteng sekolah kes paling tinggi di Negeri Sembilan". Ponteng sekolah dikenal pasti sebagai kes disiplin paling tinggi dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Beliau berkata antara sebab ponteng sekolah ialah faktor kesihatan, membantu ibu bapa, dipengaruhi rakan-rakan selain faktor utamanya ialah pelajar itu sendiri tidak minat ke sekolah.

“Macam mana kita hendak atasinya. Kita mahu pihak sekolah melibatkan pelajar ini (yang ponteng sekolah) dengan program dan aktiviti di sekolah seperti dalam bidang sukan dan kokurikulum, ini akan menjadi penarik kepada pelajar terbabit

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menggunakan ‘tagline’ atau slogan ABC iaitu melahirkan ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ bagi menghindarkan pelajar terjebak dengan jenayah atau salah laku disiplin.

sehubungan dengan itu,  mana-mana pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin pastinya guru akan membuat aduan dan guru besar akan memutuskan jenis hukuman yang akan dikenakan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. Jika kesalahan berat pelajar tersebut berkemungkinan besar akan dibuang sekolah. Hal ini akan merosakkan masa depan pelajar terbabit. Oleh itu gejala ponteng sekolah haruslah dibanteras sekeras-keranya bagi menjamin masa depan anak-anak kita dengan cemerlang pada masa hadapan.


No comments:

Post a Comment