Sunday, June 23, 2019

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER

PENGURUSAN SUMBER

Keratan akhbar tersebut diperolehi daripada Utusan Online yang bertajuk "Perpustakaan Tok Kenali IPG buka pintu kepada orang ramai" . Walaun perpustakaan yang dibuka bukan pusat sumber sekolah tetapi ia masih berkait rapat dengan tajuk Pengurusan Sumber. Pengurusan Sumber bukan sahaja sekadar tempat malah sebagai perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan. Pusat sumber tidak semestinya hanya sekolah sahaja perlu sediakan sesiapa sahaja yang berkemampuan turut digalakkan untuk membina perpustakaan untuk semua masyarakat. Hal ini juga membantu untuk pelajar memupuk sikap minat membaca dari kecil. Ibu bapa boleh meluangkan masa dengan anak-anak dihujung minggu dimana-mana perpustakaan yang berdekatan, Saya percaya pada zaman ini masyarakat sudah membuka minda bahawa pusat sumber bukan untuk sekolah sahaja. Oleh itu, dengan adanya pembinaan pusat sumber yang banyak kanak-kanak dapat membiasakan diri untuk belajar dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan dalam pusat sumber dengan baik.

Walaubagaimanapun, segalanya akan bermula pada asasnya iaitu sekolah. Sekolah amat penting dalam mewujudkan sebuah pusat sumber yang kondusif, aktif, lengkap dengan pelbagai kemudahan, ceria dan strategik. terdapat beberapa ciri yang perlu pada pusat sumber sekolah yang berkesan antaranya adalah :
1.Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
2.Terdapat  pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS
3.Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc
4.Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
5.Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS.
6.Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
7.Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik . 

             Setiap perkara yang dibentuk atau dibina pastinya mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri yang akan memberi kebaikan dan manfaat kepada masyarakat. Begitu juga dengan pusat sumber sekolah, pusat sumber sekolah dibina adalah untuk mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan Pintu masuk maklumat dari agensi luar. Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum. 

Image result for pusat sumber sekolah

Image result for pusat sumber sekolah
             gambar-gambar diatas menunjukkan contoh-contoh keadaan bilik pusat sumber yang menepati ciri-ciri diperlukan. Tambahan pula, hiasan bilik pusat sumber yang paling terbaik adalah yang bersederhana. tidak boleh terlalu banyak hiasan dan warna kerana ia boleh menganggu tumpuan pelajar ketika guru sedang mengajar dihadapan. Oleh itu, bagi menggalakkan penggunaan pusat sumber secara aktif pihak kementerian pelajaran turut mengadakan pertandingan keceriaan pusat sumber sekolah. Pusat sumber yang mempunyai alatan lengkap mengajar dan untuk pelajar amat diambil kira selain keceriaan pusat sumber. 
             Selain daripada itu, sering dengan matlamat kecemerlangan pendidikan pelajar juga digalakkan untuk membuat aktiviti amali menggunakan pelbagai sumber. ia bagi memupuk sikap berdikari dan kesungguhan dalam menyiapkan tugasan dengan cemerlang. Antara ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber adalah aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan, menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan, fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar, dan mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat. 

No comments:

Post a Comment