Sunday, June 23, 2019

BAB 8 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN 

Keratan akhbar tersebut diperolehi daripada Utusan Online yang bertajuk "Google Classroom mudahkan pembelajaran". Tajuk ini berkait rapat dengan tajuk yang ingin dibincangkan iaitu pengurusan bilik pembelajaran. Bilik pembelajaran yang dimaksudkan tidak bukan sahaja bilik darjah tetapi semua jenis bilik yang digunakan oleh guru kepada murid untuk sesi pembelajaran. Sebagai contonhnya, makmal sains, bengkel kemahiran KHB, makmak komputer, bilik muzik, bilik kaunseling, bilik seni, dan banyak lagi. Seperti yang dilihat di keratan akhbar tersebut bilik Google classroom tidak ada di semua sekolah kerana ia melibatkan kos. Bagi sekolah pendalaman kebanyakkan kurang mempunyai kemudahan teknologi seperti itu. Bilik Google Classrom yang dipraktikkan daripada Sekolah Menengah Sains Tungku Jaafar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadikan ia sebagai pemudahcara cara menjadikan ia sebagai pembelajaran maya dalam bilik darjah di sekolah. 

Guru Selia Digital Classroom SM Sains Tuanku Jaafar, Kamarulzamri berkata aplikasi Google Classroom yang merupakan salah satu aplikasi yang terdapat dalam Google boleh dijadikan pembelajaran maya atau virtual Learning Environment (VLE) kerana ia mesra pengguna, mudah dikendalikan, lebih bersistem, menarik minat pelajar untuk belajat malah boleh digunakan secara percuma. Menurutnya, plikasi tersebut menjimatkan penggunaan kertas dan lebih menarik, ia bukan sahaja boleh digunakan dalam PdPC malah dapat dipraktikkan dalam urusan pentadbiran pejabat dan penguruan berkaitan dengan urusan pentadbiran rekod.  
Image result for bahaya

Seterusnya, dalam setiap bilik pembelajaran akan mempunyai peraturan-peraturan keselamatan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang masalah dan kemalangan yang serius.  antara ciri-ciri keselamatan yang perlu dipatuhi adalah :

  • Ruang kerja selesa- susun atur perabot
  • Ruang kerja bersih dan selamat
  • Cahaya dan pengudaraan yang cukup
  • Tempat pengendalian enjin- pengudaraan yang cukup
  • Sudut pameran/ hasil kerja murid
  • Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
  • Papan tanda "LARANGAN" "BAHAYA" yang jelas untuk kawasan mesin 
         Kesimpulannya, pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingatkan guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang. 

No comments:

Post a Comment