Monday, June 24, 2019

BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN 

Keratan akhbar tersebut diperolehi daripada Utusan Online yang bertajuk "Tugas guru kaunseling bukan sekadar bimbingan disiplin". Memang benar tugas guru kaunseling bukan hanya bimbing pelajar berkaitan disiplin pelajar sahaja malah masalah-masalah lain turut dibawah tugas guru kaunseling. "Tugas guru kaunseling bukan setakat memberi nasihat kepada pelajar berkaitan masalah disiplin tetapi turut berperanan memotivasikan mereka terutama bagi yang bakal menduduki peperiksaan," kata Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan. 

Yang Dipertuanya Mohd Saleh Ismail berkata peranan guru kaunseling adalah bersandarkan kepercayaan setiap pelajar mempunyai ruang dan peluang untuk mencatat kecemerlangan. "Jadi di sini tugas  kami sebagai guru kaunseling adalah membimbing dan memberi bantuan dari semangat kepada mereka," katanya kepada Bernama pada Program Kemuncak Kerjaya 2017 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan. 

Namun begitu, adakah bimbingan, penasihatan dan kaunseling itu berbeza atau sama sahaja? Mari kita lihat !

Bimbingan membawa maksud suatu proses untuk membantu individiu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya ( Suradi, 1966). Manakala, Zuraidah berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. 

Dalam penasihatan terdapat beberapa proses fasa yang perlu dikenal pasti iaitu : 
  • Fasa 1 - Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar 
  • Fasa 2 - menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan 
  • Fasa 3 - Prses mengenali pelajar 
  • Fasa 4 - Proses membimbing pelajar
a) Membina Hubungan 
b) Penerokaan 
c) Definisi masalah dan membina matlamat 
d) Alternatif penyelesaian dan pelan tindakan  
e) Melaksanakan tindakan 
f) Penamatan  

  • Fasa 5 - Fasa analisis penilaian  
Mudah bukan ? Baik mari kita lihat perbezaan antara bimbingan, penasihatan dan kaunseling secara ringkas supaya mudah difahami. 

Image result for perbezaan penasihatan bimbingan dan kaunseling

Kesimpulannya, Penasihatan dan Bimbingan dan Kaunseling mempunyai maksud yang berbeza dan tugas yang berbeza. Walaupun secara umumnya peranan mereka lebih kurang sama tetapi tidak pada dasarnya. Tugas seorang guru bukan untuk mendidik pelajar didalam kelas sahaja tetapi juga untuk membimbing pelajar dan membantu pelajar menyelesaikan masalah jika mereka menghadapi masalah yang serius. Bukan mudah untuk digelar sebagai seorang guru yang profesional kerana memerlukan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang. 








No comments:

Post a Comment