Sunday, June 23, 2019

BAB 9 : PENGURUSAN DISIPLIN

PENGURUSAN DISIPLIN

Keratan akhbar yang diperolehi daripada Utusan Online dengan tajuknya "Gejala ponteng virus kepada pelbagai permasalahan" .
Tajuk yang dipaparkan amat berkait rapat dengan tajuk pengurusan disiplin. Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: " Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah" dan bagi maksud itu hendaklah "mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.". Manakala, mengikut Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959: ( kuasa-kuasa guru besar) bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat. peraturan diatas adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru besar dan guru-guru di sekolah. 

Dalam pernyataan keratan akhbar tersebut menyatakan ponteng sekolah seumpama "virus" yang menjadi titik tolak terhadap permulaan salah laku disiplin yang lebih besar lagi seperti pergaulan bebas, peras ugut, buli, vandalisme dan banyak lagi aktiviti tidak bermoral lain yang mampu membinasakan generasi muda, masyarakat, negeri dan negara. Raja Muda Perli Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, justeru perubahan sikap amatlah penting di mana golongan pelajar perlu sedar kepentingan pendidikan terhadap kerjaya dan masa depan mereka. 

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:

“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.”

“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid"

Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.
Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.

Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan



No comments:

Post a Comment