Sunday, May 26, 2019

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI 


Apakah maksud kepimpinan?

Proses mempengaruhi kegiatan kumpulan kearah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancangkan. .(Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2003). Konsep kepemimpinan adalah keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf sokongan, dan pelajar supaya bersetuju melaksanakan program-program dan melakukan perubahan bagi mencapai matlamat sekolah.(Yahya Don, 2005)

Keratan akhbar tersebut diperoleh daripada Berita Harian yang bertajuk 41 Pengetua cemerlang di sekolah berprestasi rendah. Dalam keratan Akhbar tersebut dapat dilihat bahawa pengetua yang merupakan ketua pemimpim di dalam sekolah telah berjaya merangkul jawatan mereka dengan jayanya sehingga usaha mereka diiktiraf dengan anugerah kecemerlangan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dr. Mazlee Malik turut menyifatkan pengetua cemerlang itu sebagai "hero anak bangsa".  Beliau turut menyatakan penempatan itu juga adalah suatu kepercayaan iaitu amanah diberikan oleh KPM kepada pemimpin sekolah yang cemerlang dengan harapan tinggi supaya membawa perubahan lebih baik ke sekolah prestasi rendah.

ProPeKS yang mendukung aspirasi Anjakan 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memastikan setiap sekolah dipimpin oleh pemimpin sekolah berpestasi tinggi adalah suatu usaha kritikal dalam memastikan setiap anak mendapat pendidikan berkualiti.

Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar. De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid

Image result for leaders
Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya perlulah mempunyai ciri-ciri yang diperlukan seperti terima pandangan orang lain, menggunakan kaedah kepimpinan demokratik, tidak sombong, bijak membuat keputusan, menjadi role model kepada pelajar dan banyak lagi. daripada keratan akhbar diatas pastinya setiap pengetua tersebut mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan. oleh itu, memegang jawatan sebagai pemimpin bukanlah mudah dan banyak cabaran yang perlu dilalui bagi menghasilkan sesuatu sehingga berjaya. 

 Jenis Gaya Kepimpinan 

1) Autokratik 
  • Guru mengamalkan interaksi sehala. 
  • Pengetua memberi arahan-guru hanya mendengar dan menurut sahaja
  • Guru tidak diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan memberi cadangan
  • Sikap pengetua sangat mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek. 
  • Hubungan antara pengetua dan pihak guru menjadi dingin dan tegang.
  • Motivasi kerja dalam kalangan guru akan berkurangan.
  • Para guru akan terlalu bergantung kepada pengetua
2) Demokratik 
  • Berlaku interaksi dua hala. 
  • Pengetua akan berbincang, menerima dan memberi pandangan. 
  • Sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti. 
  • Gaya ini amat disukai oleh pihak guru dan staf sekolah kerana tiada kekangan dan arahan yang keterlaluan. 
  • Menimbulkan suasana kondusif dan harmoni dalam kalangan warga sekolah. 
  • Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan tenang dan gembira.  
  • Guru dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. 
  • Menggalakkan hubungan yang mesra, hormat dan hubungan yang mesra
3) Laissez-Fairez
  • Bertentangan dengan autokratik. 
  • Laissez-Faire bermaksud tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. 
  • Pengetua memberi kebebasan sepenuhnya kepada para guru untuk membuat keputusan. 
  • Pengetua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli. 
  • Pengetua tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli.
  • Pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru.
  • Pengetua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru, dan kadangkala guru bertindak sebagai ketua.
4) Kontigensi 
  • Berpendapat tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. 
  • Kepimpinan mengikut situasi. (tidak tetap) 
  • 3 faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaitu: 
  • hubungan antara pemimpin dan anggota 
  • Struktur tugas 
  • Posisi kuasa
Image result for leaders

No comments:

Post a Comment