Monday, June 24, 2019

PEMILIHAN SEORANG WATAK DIDALAM KELAS KPS3014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS3014 Pengurusan Pembelajaran. Baiklah, diantara kesemua pelajar dalam kelas KPS3014 dalam kumpulan N saya hanya tertarik dengan seorang pelajar iaitu saya :) haha hambar ok teruskan.. watak yang saya berkenan dihati ialah rakan saya iaitu Nur Aliah Syazana yang mana merupakan kawan baik saya juga. Aliah seorang rakan yang amat memahami saya sampai rasa macam mak kita pula lebih-lebih lagi bila kita sedang sakit. Tinggi dan putih orangnya, asal dari kedah jadi kalau sembang pun terikut-ikut cakap Kedah. 

Kalau sekali pandang nampak garang tapi ramah orangnya. itu antara sebab mengapa saya senang berkawan dengannya. Untuk kumpulan assignment juga saya senang berkumpulan dengan dia kerana kerja kami tidak akan tertangguh dan segala urusan akan mudah untuk disiapkan dengan segera. Saya cemburu dengan keyakinannya apabila membentang di dalam kelas. Kemahiran bercakapnya di khalayak ramai amat bagus dan saya akan belajar untuk dapatkan sikap keyakinan pada diri saya dengan lebih baik lagi. 

Akhir sekali, tidak lengkaplah jika tamatkan blog tanpa berbicara tentang pensyarah saya yang sangat sempoi iaitu Cik Izazol. Masuk kelas pertama sahaja saya fikir Cik Iza seorang yang garang tapi mesra sangat orangnya. Saya begitu respect dengan cara  Cik Iza mengajar di dalam kelas kerana kebanyakkan lecturer tidak rajin untuk terangkan satu-persatu berkaitan tajuk pembentangan kami. Dari situ saya dapat kenal pasti maklumat-maklumat penting yang boleh tambah dalam kepala saya ini. Selain itu, saya hairan macam mana Cik Iza boleh ingat dan hafal semua fakta-fakta berkaitan dengan tajuk pembentangan. Saya rasa saya akan cuba untuk ingat macam Cik Iza sebab nanti pelajar mesti kagum dengan saya macam mana saya kagum dengan Cik Iza hehe..(bukan bodek tau). 

last but not least, Cik Iza beli baju dekat mana ? Jahit dekat mana ? saya masuk kelas Cik Iza perkara pertama yang biasa saya akan tengok baju dan kasut. Matching-matching gitew.. So Nice ! 
Sekian itu sahaja saya dapat ulaskan. Terima kasih daun keladi, nanti-nanti selfie lagi :D 

GEJALA PONTENG SEKOLAH


Keratan akhbar diatas diperoleh daripada Sinar Harian yang bertajuk "Port ponteng sekolah kena serbu". Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Teluk Ketapang dan SRS Bukit Tok Beng menggempur sebuah wakaf yang menjadi tempat pelajar ponteng di Taman Murni Indah. Ketua Skuad SRS Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang, Zainuddin Awang berkata, pihaknya berjaya menahan salah seorang daripada pelajar terbabit yang kemudiannya dibawa ke sekolah untuk tindakan lanjut.

Saya amat menyokong tindakan seperti ini dijalankan dan lebih baik jika rondaan seperti ini lebih kerap dijalankan supaya kes ponteng sekolah pelajar dapat dikurangkan. Seperti yang kita ketahui gejala ponteng sekolah semakin berleluasa bahkan isu ini seperti menjadi kebiasaan kepada masyarakat sehinggakan tiada tindakan yang dikenakan daripada masyarakat tentang kes ini. Masalah disiplin pelajar terdiri daripada pelbagai kes. Selain daripada isu penagihan dadah daripada pelajar, isu ponteng sekolah juga merupakan masalah utama pendidikan akademik dan moral generasi sekarang semakin mundur.


Bagi menyokong pendapat saya, melalui keratan akhbar Sinar Harian dengan tajuknya "Ponteng sekolah kes paling tinggi di Negeri Sembilan". Ponteng sekolah dikenal pasti sebagai kes disiplin paling tinggi dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Beliau berkata antara sebab ponteng sekolah ialah faktor kesihatan, membantu ibu bapa, dipengaruhi rakan-rakan selain faktor utamanya ialah pelajar itu sendiri tidak minat ke sekolah.

“Macam mana kita hendak atasinya. Kita mahu pihak sekolah melibatkan pelajar ini (yang ponteng sekolah) dengan program dan aktiviti di sekolah seperti dalam bidang sukan dan kokurikulum, ini akan menjadi penarik kepada pelajar terbabit

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menggunakan ‘tagline’ atau slogan ABC iaitu melahirkan ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ bagi menghindarkan pelajar terjebak dengan jenayah atau salah laku disiplin.

sehubungan dengan itu,  mana-mana pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin pastinya guru akan membuat aduan dan guru besar akan memutuskan jenis hukuman yang akan dikenakan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. Jika kesalahan berat pelajar tersebut berkemungkinan besar akan dibuang sekolah. Hal ini akan merosakkan masa depan pelajar terbabit. Oleh itu gejala ponteng sekolah haruslah dibanteras sekeras-keranya bagi menjamin masa depan anak-anak kita dengan cemerlang pada masa hadapan.


BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

 


Image result for sekolah dan persekitaran




SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Hubungan sekolah dan masyarakat merupaka suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. Seperti yang dilihat pada gambar diatas beberapa anggota bomba sedang menunjukkan cara-cara memadam api dengan betul kepada pelajar-pelajar. Program memadam api melibatkan anggota bomba juga berkaitan dengan sekolah dan persekitaran kerana perkara paling utama yang harus dijaga adalah keselamatan. "malang tidak berbau" pepatah melayu tidak pernah salah kerana dengan adanya program seperti diatas dijalankan maka pelajar, guru-guru dan semua kakitangan sekolah dapat bertindak yang sepatutnya ketika berlaku kecemasan di sekolah. 


Image result for sekolah dan persekitaran

Faktor luaran dan dalaman sekolah melibatkan beberapa pihak seperti :
•Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihakpentadbir, guru, murid.
•Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.
•Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
•Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah..
•Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.  
         Image result for sekolah dan persekitaran
          Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. 
         Selain itu, hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat dapar mewujudkan perkongsian pintar seperti mencapai matlamat atau objektif yang sama, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab, dan gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat 



BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA 

PEngurusan pelbagai upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Disini dapat lihat ia amat berkaitan dengan kedua-dua keratan akhbar  yang dipaparkan. "Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing,,"-Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pernyataan tersebut boleh dilihat melalui usaha yang dilakukan oleh beberapa pihak untuk pelajar-pelajar OKU dalam keratan akhbar tersebut. Keratan akhbar tersebut diperolehi daripada Utusan Malaysia yang bertajuk "Sunway Carnival Mall ceriakan Aidilfitri kanak-kanak OKU terencat akal".

Keratan akhbar kedua diperolehi daripada Kosmo Online yang bertajuk "Limkokwing, UNESCO ikrar bantu pendidikan pelajar OKU". Ia dikira sebagai satu program pemulihan kerana program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. Selain itu, turut memperlihatkan sebagai program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas

Terdapat beberapa ciri kanak-kanak pemulihan iaitu :

  • Rendah diri 
  • Pasif 
  • Menganggu rakan 
  • Kerap tidak ke sekolah 
  • Lemah pemahaman 
  • Malas 
  • Cepat bosan 
Oleh itu, guru memainkan peranan yang besar di sekolah bagi meningkatkan mutu pendidikan bagi pelajar pemulihan seperti menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid. Guru perlu memberi keutamaan dalam membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.
Image result for oku


Sehubungan dengan itu, penggayaan mengajar juga perlulah kreatif dan menarik dengan memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Dengan itu, murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan urutan pembelajaran secara mendatar.

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 

Berdasarkan keratan akhbar yang diperoleh daripada Berita Harian yang bertajuk "ASWARA bentuk pelajar berilmu seni, budaya, warisan,". Apabila premis insitusi seni berada di jantung ibu kota, itu menandakan suatu simbiosis sihat antara budaya engan kehidupan masyarakat moden. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan secara rasmi memberi hak milik dua lot tanah di Kuala Lumpur kepada Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), iaitu kampus sekarang. Perkara yang dibahaskan amat menarik kerana ia menunjukkan walaupun kita berada pada zaman moden namun budaya tradisi lama masih dimartabatkan oleh masyarakat. Ia sangat penting bagi generasi seterusnya masih kenal dan tahu dengan budaya asal melayu dan budaya kaum masing-masing. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyatnya yang berbilang kaum tinggal di sebuah negara yang sama dengan harmoni. 

Di samping itu, apa itu budaya ? adakah ia penting dalam pendidikan? Mari kita lihat ! 

Menurut  Tylor (1871), budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Manakala Amir (2002) pula berpendapat budaya merujuk kepada ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Oleh itu, budaya merangkumi pelbagai ciri-ciri tradisional nenek moyang kita. 

Definisi pelbagai budaya pula adalah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Sebagai rakyat yang bermoral kita seharusnya memupuk sikap saling menghormati orangl lain walaupun daripada kaum atau budaya yang berlainan. 

Namun begitu, budaya juga amat penting dalam pendidikan kerana dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa dan budaya. Menurut Banks (1989), pendidikan pelbagai budaya ialah kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan. Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap. 

Terdapat beberapa dasar pendidikan pelbagai budaya yang telah diperkenalkan iaitu : 

Seterusnya, berdasarkan keratan akhbar diatas beberapa program boleh dijalankan seiring dalam mencapai pendidikan pelbagai budaya yang berkesan seperti sekolah boleh menjalankan aktiviti pertandingan menari tradisional, puisi , program menyambut hari perayaan di sekolah dan sebagainya. 

Image result for pelbagai budaya 

BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN 

Keratan akhbar tersebut diperolehi daripada Utusan Online yang bertajuk "Tugas guru kaunseling bukan sekadar bimbingan disiplin". Memang benar tugas guru kaunseling bukan hanya bimbing pelajar berkaitan disiplin pelajar sahaja malah masalah-masalah lain turut dibawah tugas guru kaunseling. "Tugas guru kaunseling bukan setakat memberi nasihat kepada pelajar berkaitan masalah disiplin tetapi turut berperanan memotivasikan mereka terutama bagi yang bakal menduduki peperiksaan," kata Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan. 

Yang Dipertuanya Mohd Saleh Ismail berkata peranan guru kaunseling adalah bersandarkan kepercayaan setiap pelajar mempunyai ruang dan peluang untuk mencatat kecemerlangan. "Jadi di sini tugas  kami sebagai guru kaunseling adalah membimbing dan memberi bantuan dari semangat kepada mereka," katanya kepada Bernama pada Program Kemuncak Kerjaya 2017 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan. 

Namun begitu, adakah bimbingan, penasihatan dan kaunseling itu berbeza atau sama sahaja? Mari kita lihat !

Bimbingan membawa maksud suatu proses untuk membantu individiu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya ( Suradi, 1966). Manakala, Zuraidah berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. 

Dalam penasihatan terdapat beberapa proses fasa yang perlu dikenal pasti iaitu : 
  • Fasa 1 - Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar 
  • Fasa 2 - menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan 
  • Fasa 3 - Prses mengenali pelajar 
  • Fasa 4 - Proses membimbing pelajar
a) Membina Hubungan 
b) Penerokaan 
c) Definisi masalah dan membina matlamat 
d) Alternatif penyelesaian dan pelan tindakan  
e) Melaksanakan tindakan 
f) Penamatan  

  • Fasa 5 - Fasa analisis penilaian  
Mudah bukan ? Baik mari kita lihat perbezaan antara bimbingan, penasihatan dan kaunseling secara ringkas supaya mudah difahami. 

Image result for perbezaan penasihatan bimbingan dan kaunseling

Kesimpulannya, Penasihatan dan Bimbingan dan Kaunseling mempunyai maksud yang berbeza dan tugas yang berbeza. Walaupun secara umumnya peranan mereka lebih kurang sama tetapi tidak pada dasarnya. Tugas seorang guru bukan untuk mendidik pelajar didalam kelas sahaja tetapi juga untuk membimbing pelajar dan membantu pelajar menyelesaikan masalah jika mereka menghadapi masalah yang serius. Bukan mudah untuk digelar sebagai seorang guru yang profesional kerana memerlukan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang. 








Sunday, June 23, 2019

BAB 9 : PENGURUSAN DISIPLIN

PENGURUSAN DISIPLIN

Keratan akhbar yang diperolehi daripada Utusan Online dengan tajuknya "Gejala ponteng virus kepada pelbagai permasalahan" .
Tajuk yang dipaparkan amat berkait rapat dengan tajuk pengurusan disiplin. Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: " Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah" dan bagi maksud itu hendaklah "mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.". Manakala, mengikut Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959: ( kuasa-kuasa guru besar) bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat. peraturan diatas adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru besar dan guru-guru di sekolah. 

Dalam pernyataan keratan akhbar tersebut menyatakan ponteng sekolah seumpama "virus" yang menjadi titik tolak terhadap permulaan salah laku disiplin yang lebih besar lagi seperti pergaulan bebas, peras ugut, buli, vandalisme dan banyak lagi aktiviti tidak bermoral lain yang mampu membinasakan generasi muda, masyarakat, negeri dan negara. Raja Muda Perli Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, justeru perubahan sikap amatlah penting di mana golongan pelajar perlu sedar kepentingan pendidikan terhadap kerjaya dan masa depan mereka. 

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:

“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.”

“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid"

Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.
Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.

Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan