Sunday, May 26, 2019

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI 


Apakah maksud kepimpinan?

Proses mempengaruhi kegiatan kumpulan kearah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancangkan. .(Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2003). Konsep kepemimpinan adalah keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf sokongan, dan pelajar supaya bersetuju melaksanakan program-program dan melakukan perubahan bagi mencapai matlamat sekolah.(Yahya Don, 2005)

Keratan akhbar tersebut diperoleh daripada Berita Harian yang bertajuk 41 Pengetua cemerlang di sekolah berprestasi rendah. Dalam keratan Akhbar tersebut dapat dilihat bahawa pengetua yang merupakan ketua pemimpim di dalam sekolah telah berjaya merangkul jawatan mereka dengan jayanya sehingga usaha mereka diiktiraf dengan anugerah kecemerlangan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dr. Mazlee Malik turut menyifatkan pengetua cemerlang itu sebagai "hero anak bangsa".  Beliau turut menyatakan penempatan itu juga adalah suatu kepercayaan iaitu amanah diberikan oleh KPM kepada pemimpin sekolah yang cemerlang dengan harapan tinggi supaya membawa perubahan lebih baik ke sekolah prestasi rendah.

ProPeKS yang mendukung aspirasi Anjakan 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memastikan setiap sekolah dipimpin oleh pemimpin sekolah berpestasi tinggi adalah suatu usaha kritikal dalam memastikan setiap anak mendapat pendidikan berkualiti.

Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar. De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid

Image result for leaders
Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya perlulah mempunyai ciri-ciri yang diperlukan seperti terima pandangan orang lain, menggunakan kaedah kepimpinan demokratik, tidak sombong, bijak membuat keputusan, menjadi role model kepada pelajar dan banyak lagi. daripada keratan akhbar diatas pastinya setiap pengetua tersebut mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan. oleh itu, memegang jawatan sebagai pemimpin bukanlah mudah dan banyak cabaran yang perlu dilalui bagi menghasilkan sesuatu sehingga berjaya. 

 Jenis Gaya Kepimpinan 

1) Autokratik 
  • Guru mengamalkan interaksi sehala. 
  • Pengetua memberi arahan-guru hanya mendengar dan menurut sahaja
  • Guru tidak diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan memberi cadangan
  • Sikap pengetua sangat mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek. 
  • Hubungan antara pengetua dan pihak guru menjadi dingin dan tegang.
  • Motivasi kerja dalam kalangan guru akan berkurangan.
  • Para guru akan terlalu bergantung kepada pengetua
2) Demokratik 
  • Berlaku interaksi dua hala. 
  • Pengetua akan berbincang, menerima dan memberi pandangan. 
  • Sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti. 
  • Gaya ini amat disukai oleh pihak guru dan staf sekolah kerana tiada kekangan dan arahan yang keterlaluan. 
  • Menimbulkan suasana kondusif dan harmoni dalam kalangan warga sekolah. 
  • Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan tenang dan gembira.  
  • Guru dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. 
  • Menggalakkan hubungan yang mesra, hormat dan hubungan yang mesra
3) Laissez-Fairez
  • Bertentangan dengan autokratik. 
  • Laissez-Faire bermaksud tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. 
  • Pengetua memberi kebebasan sepenuhnya kepada para guru untuk membuat keputusan. 
  • Pengetua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli. 
  • Pengetua tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli.
  • Pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru.
  • Pengetua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru, dan kadangkala guru bertindak sebagai ketua.
4) Kontigensi 
  • Berpendapat tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. 
  • Kepimpinan mengikut situasi. (tidak tetap) 
  • 3 faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaitu: 
  • hubungan antara pemimpin dan anggota 
  • Struktur tugas 
  • Posisi kuasa
Image result for leaders

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 

Apa itu pengurusan ? 

Perancangan, pengelolaan pengkoordinasian, pengawalan, dan penilaian pengagihan sumber untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat.(Jamaliah abdul hamid, Norashimah Ismail,2005) Selain itu, pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. (Syukur, 1988)

Apa itu pembelajaran ?

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka, pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang.  Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia

Konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar
Image result for teaching
  • Mengawal 
  • Pengalaman
  • Mengarah 
  • Merancang
MENGAWAL 
  • Mengawal peraturan bilik darjah - Guru perlu memastikan pelajar mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan
  • Mengawal aktiviti berkumpulan - Mengelakkan pelajar membuat bising sewaktu pembelajaran dijalankan
  • Mengawal murid yang mengalami masalah peribadi - memberi kaunseling yang sewajarnya untuk menaikkan semangat pelajar.  
  • Mengawal suasana bilik darjah - Guru perlu mengawal tingkah laku pelajar supaya tidsk menganggu proses pembelajaran. 

MERANCANG 
  • Merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.
  • Merancang alat bantu mengajar yang lebih berkesan
  • Merancang aktiviti penilaian kepada pelajaR, isi pelajaran dan strategi pengajaran yang efektif 
Image result for teaching
PENGALAMAN 
  • Gagne (1974) menyatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan pemikiran, perubahan kebolehan, 
  • Perubahan tingkah laku dan ia memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan yang lebih bermakna.
  • Merancang dan mencabar minda pelajar dengan soalan yang bervariasi.
  • Memupuk pelajar untuk memberikan idea, membuat ramalan berdasarkan kajian dan mencabar tahap intelek mereka.

Bagaimanakah pengurusan dan pembelajaran pelajar yang berkesan?

1) Keperluan Fisiologi

  • Mengetahui keperluan fisiologi pelajar: Tahap pembelajaran, Keluarga, Tingkah laku, Emosi
2) Pengurusan Masa 
  • Membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran dengan masa yang sama. 
  • Jadual waktu perlu seimbang.
  • Tiada pembaziran masa.
Image result for time
3) Iklim Bilik Darjah
  • Pencahayaan yang cukup 
  •  Perabot yang selesa dan mencukupi 
  •  Aliran udara yang baik dan lancar.

Dalam mengurus segala pengurusan pembelajaran guru juga perlu bijak dalam menarik perhatian pelajar supaya kekal fokus didalam kelas. Oleh itu, strategi diperlukan bagi menarik minat pelajar dalam sesi pengajaran. antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti menghias ruang bilik darjah yang santai, memaparkan visual atau audio yang menarik dan juga guru tidak perlu terlalu serius semasa sesi pengajaran supaya pelajar boleh melontarkan pandangan dengan lebih berani. 

Image result for teaching



BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN 

Image result for friends cartoon

1. Pengertian Sosialisasi  

Sosialisasi bermaksud proses mempelajari peranan status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ia merupakan satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/ nilai dalam keluarga/ budaya.  Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi.

Image result for kids learning


2. Jenis-Jenis Sosialisasi 

PRIMER 
  • Keluarga (paling terdekat) : Kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri personaliti.  Kemahiran motor, penaakulan dan kemahiran bahasa.  
 SEKUNDER 
  • Luar lingkungan keluarga : proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan lain-lain. Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya. 
RESOSIALISASI
  • Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Ia boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dan lain-lain. 

3. Konsep Interaksi 

Image result for aktiviti berkumpulan
Interaksi memberi maksud saling bertindak/ berhubungan antara dua atau beberapa pihak. Interaksi boleh berlaku dalam dua pihak atau lebih. Misalnya interaksi dua pihak adalah interaksi seorang guru dengan seorang muridnya. Interaksi beberapa pihak pula interaksi antara murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, interaksi semestinya boleh terjadi sama ada dalam lisan mahupun bukan lisan. 



Interaksi boleh berlaku dalam tiga jenis interaksi iaitu interaksi sehala dimana pembelajaran secara autokratik digunakan. kaedah ini berpusatkan kepada guru dimana pelajar hanya mendengar dan menerima apa yang cuba disampaikan oleh guru kepada mereka di dalam kelas. Seterusnya, Interaksi dua hala iaitu murid turut terlibat dalam sesi pembelajaran seperti bertanyakan soalan kepada guru atau menjawab soalan guru. ia lebih komunikasi antara guru dan murid. tiada komunikasi antara murid dan murid. Yang terakhir, interaksi kumpulan dimana pembelajaran secara demokratik digunakan dalam sesi pembelajaran. guru hanya berperanan sebagai fasilitator manakala murid-murid melakukan aktiviti secara berkumpulan dan berbincang antara satu sama lain. sebagai contohnya boleh dilihat daripada gambar diatas dimana guru menjadi pembimbing kepada kumpulan pelajar dalam sesi perbincangan. Interaksi jenis ini amat digalakkan untuk digunakan oleh guru-guru bagi meningkatkan kemahiran sosialisasi pelajar. 

Image result for teaching

Penggunaan interaksi yang betul amat penting dalam menghasilkan sesi pembelajaran yang berkesan oleg guru kepada murid di dalam kelas. walaupun begitu masih ramai guru-guru yang masih menggunakan interaksi sehala semasa mengajar didalam kelas. ia menyebabkan pelajar tidak dapat memupuk sikap keyakinan tinggi dalam diri. oleh itu, diharapkan guru-guru dapat menggunakan kaedah yang betul semasa mengajar bagi mencapai  harapan tinggi yang diletakkan oleh pihak kerajaan kepada guru dalam melahirkan insan yang berkualiti kepada negara.