Saturday, May 25, 2019

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN



Image result for sosiologi

BAB 1 : SOSIOLOGI 

1. Apa itu Sosiologi? 

Sosiologi menurut Vanen Zanden (1996) ialah kajian saintifik mengenai interkasi sosial dan organisasi. Menurut Jary & Jary (1995) pula kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi, dll. Menurut Giddens (1993) ialah kajian mengenai kehidupan sosial manusia kumpulan-kumpulan dan masyarakat. Manakala menurut Waters (1994) bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia. Kesimpulannya, sosiologi bermaksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. ( Amir Hasan, 2002).

2. Teori Utama Sosiologi 

  • Fungsionalisme: dipelopori oleh Auguste Comte. Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi tersendiri. Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat. memberi penekanan fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat. Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan (komuniti sekolah adalah penerima pasif apa yang ditentukan pihak luar). Misalnya seperti aspek kurikulum, pedagogi, disiplin murid, peperiksaan, dan sebagainya. Perkembangan individu tidak diutamakan. 
  • Konflik: teori ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing. Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana golongan atasan akan menguasai kuasa, kekayaan, kebendaan, kehormatan dan  berpengaruh. Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka.
  • Interaksionalisme Simbolik: dipelopori oleh George Herbet Mead. teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (mikro). Melihat interaksi murid, guru, dan pihak pentadbiran di sekolah. Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan guru, bentuk hubungan antara guru dan murid dikehendaki, dan jenis-jenis salah laku yang kerap dilakukan. Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. 
Image result for education

SOSIOLOGI + PENDIDIKAN 

  • Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp.
  • Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing-masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.  
  • Pendidikan juga dilihat sebagai proses pemilihan yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat. 
  • Pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana ahli sesuati masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu. 
  • Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa, dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan. ilmu dan kecepakan yang diperoleh dijangka akan membawa pulangan menguntungkan pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan pendapatan yang lebih tinggi. 
Image result for education


No comments:

Post a Comment